Kelas Permohonan SPNB (Rumah Mesra Rakyat 2023)
15 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital, Selasa, 14 March 2023 – PEDi Jeram telah mengadakn kelas bagi membantu komuniti untuk membuat permohonan Skim spnb Rumah Mesra Rakyat. Pemohon diberi kemudahan komputer dan tunjuk ajar untuk mendaftar Borang Permohonan dan cara memohon skim Rumah Mesra Rakyat 2023 secara online RMR SPNB aspirasi rumah idaman rakyat atas tanah sendiri.
Antara golongan yang menerima gaji dan pendapatan rendah, tidak mempunyai rumah atau ada rumah sendiri tetapi sudah usang daif tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah yang jauh lebih baik, ini salah satu skim bantuan kerajaan bina rumah atas tanah sendiri iaitu rumah spnb yang boleh dimohon. Untuk makluman program spnb ini ditawarkan di seluruh negeri di Malaysia.
Program ini sememangnya diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang ada tanah tetapi mengalami masalah kewangan untuk mendapatkan pembiayaan dan pinjaman besar sediakan deposit beli rumah pertama contohnya ataupun bina rumah mampu milik sendiri.
Dengan adanya kelas ini dapat membantu komuniti dalam membuat permohonan atas talian dengan kemudahan internet dan lain-lain kemudahan untuk komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: