Karnival Perpaduan Komuniti Sejahtera
29 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital, Sabtu, 28 Januari 2023 – PEDi Jeram bersama PEDi Gong Kulim telah menyertai program anjuran KRT Gong Kulim iaitu Karnival Perpaduan Komuniti Sejahtera yang berlangsung di perkarangan Sekolah Kebangsaan Kulim. Program tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang dan disertai oleh seramai 300 orang komuniti Kg. Kulim dan sekitarnya. Terdapat beberapa agensi lain yang terlibat disepanjang program berlangsung antaranya ialah KKM, POLIS, AADK, JPJ dan BOMBA.
Sepanjang program berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti KDB yang telah disediakan oleh PEDi Jeram dan Gong Kulim antaranya ialah memberi taklimat KDB yang bertajuk Scammer kepada komuniti yang hadir beserta kuiz. Selain daripada itu, terdapat juga kuiz KDB yang disediakan dalam pelbagai acara seperti telinga pekak, permainan ular, silang kata dan juga acara menjawab kuiz menggunakan tablet yang disediakan.
Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini adalah bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi maklumat masa kini terhadap kandungan media baru (bijak internet). Ia juga adalah memfokuskan kearah mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. KDB juga turut dapat membantu didalam memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: