Maghi Nego Caro Baru Kursus E-Usahawan Digital 2016 (Entrepreneurship)
10 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 8 April 2016 dan 9 April 2016 Pusat Internet 1 Malaysia Selising dengan kerjasama The Multimedia Development Corporation (MDEC) telah mengadakan kursus jangka pendek di Pusat Internet Selising. Program ini diadakan bertujuan memberi kesedaran terhadap peluang perniagaan secara digital, khusus untuk memberikan komuniti tempatan kemahiran digital yang diperlukan.
Program ini melibatkan 20 orang peserta yang terdiri daripada peniaga/usahawan, staff PI Kelantan, guru sekolah, pekerja dan suri rumah. Selain itu, memberi kemahiran digital kepada komuniti tempatan bagi membolehkan mereka menjana pendapatan secara dalam talian (online) yang secara tidak langsung dapat memperkasakan rakyat dan Negara ke arah ekonomi digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: